Lelaki maut terjatuh dari tingkat 12

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12, Rumah Pangsa Jalan Loke Yew, Pudu, Kuala Lumpur hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Rahmat Kamarulzaman berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu sekitar pukul 2.13 petang.

“Seramai sembilan orang anggota dari BBP Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan di lokasi kejadian didapati terdapat seorang lelaki berumur lingkungan 40-an telah terjun dari tingkat 12 bangunan berkenaan.

“Bagaimanapun kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 3.01 petang dan jenazah mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

▶️ KOSMO! ONLINE

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.