Port Dickson: Polis meminta wanita yang videonya tular di media sosial menunjukkan dia menghalang kereta di persimpangan lampu isyarat di Batu 1, di sini, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson atau balai polis berhampiran bagi membuat laporan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya mengesan satu video tular di pemilik akaun Twitter @bckupacc99 menunjukkan seorang wanita cuba menghalang sebuah kereta Proton Wira yang sedang bergerak di persimpangan lampu isyarat, pada 9.43 pagi hari ini.

Katanya, perbuatan ini adalah amat membahayakan dan polis berharap wanita itu segera melaporkan kepada polis.

“Perbuatan dan tingkah laku dilakukan oleh wanita itu boleh membahayakan diri sendiri serta mendatangkan kerisauan terhadap orang awam.

“Setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan daripada individu berkenaan.

“Pihak polis amat berharap individu ini segera menghubungi polis agar isu itu dapat diselesaikan segera.

“Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan seperti yang ditularkan di media sosial,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *