Video upacara keagamaan di Bayan Lepas tular

GEORGE TOWN – Video yang memaparkan lebih 10 individu termasuk kanak-kanak mengadakan satu upacara keagamaan dipercayai bagi menghormati kematian seorang ahli keluarga mereka tular di media sosial sejak semalam.

Lokasi kejadian dikatakan berlaku di kawasan perumahan teres berdekatan persimpangan lampu isyarat di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas di sini beberapa hari lalu.

Menerusi rakaman video berdurasi 23 saat itu, kelihatan kelibat individu dipercayai ‘tok sami’ berdiri sambil beberapa individu mengelilingi api dalam upacara pembakaran tersebut yang dipercayai diadakan pada waktu malam.

Video tersebut didakwa dirakam orang awam dari lokasi tinggi iaitu flat berhampiran kawasan perumahan berkenaan dengan netizen mempertikaikan aktiviti berkumpul di tempat terbuka itu ketika kes harian jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah lebih 12,000 kes.

Bagaimanapun, Kosmo! difahamkan yang kesemua individu terlibat telah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 baru-baru ini. – K! ONLINE

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
27 Julai 2021, 9:22 pm
Video Media sosial

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *