Seorang lelaki berjaya merakamkan satu kejadian pergaduhan melibatkan sebuah pasangan yang bergaduh di dalam kenderaan jenis Proton Saga dipercayai berlaku di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) pada Khamis.

Berdasarkan video berdurasi 17 saat itu, pasanganya juga tidak berdiam diri apabila membalas semula pukulan dari pemandu kereta tersebut sehingga menyebabkan kenderaan itu brek dengan secara tiba-tiba.

Menerusi tinjauan komen di TikTok, orang ramai meminta agar mangsa membuat laporan polis dan ada juga berkongsi pengalaman mereka yang pernah mengalami situasi seperti itu.

“Pernah berada dalam situasi macam ini, sebab saya terlambat bersiap sahaja tiba-tiba kena marah, nasihat untuk perempuan di luar sana sila pilih pasangan mereka dengan berhati-hati,” kata @Tunteja_23.

“Saya pernah lihat situasi macam ini, teman lelaki dia pergi tumbuk girlfriend dia dalam kereta, encik suami terus pandang tepat ke arah boyfriend dia, selepas itu lelaki berkenaan terus pergi tinggalkan perempuan itu lebam dekat mata,” jelas @Hanathefxtrader.

“Jangan biarkan mana-mana lelaki naik tangan dekat korang, tinggalkan sahaja lelaki macam itu, tak kisah apa pun alasan mereka ini hanya untuk mempertahankan diri anda sebagai seorang wanita,” ujar @Gerobokku8.

“Tolong pergi buat laporan polis, kesian dekat isteri dia itu sedihnya tengok, mesti sakit sangat,” tulis @Omma.tz.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 340,900 tontonan dan 22,500 ribu tanda suka di TikTok.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.