Dengar cerita Timbalan Menteri merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah tidur lena di majlis konvokesyen. Seminit lebih penganjur kejut tak bangun. Sampai bodyguard terpaksa naik pentas.

Eloklah dibawa buat medical checkup. Duduk saja pun boleh terlena nyenyak ni dah bahaya sangat. Barangkali dah tak fit untuk bekerja.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith, memohon maaf susulan video tular yang menunjukkan beliau tertidur ketika majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall, semalam.

Menurut Pegawai Tugas Khas Farahiah Zubir, Timbalan Menteri Kerja Raya itu keletihan dan kurang sihat namun bagi memenuhi undangan jemputan beliau tetap hadir ke majlis tersebut.

“Untuk makluman Eddin Syazlee telah memohon maaf kerana tertidur pada acara tersebut. Beliau makan ubat sebelum ke majlis tersebut tetapi tetap menggagahkan diri untuk memenuhi jemputan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *