POLIS kini membuka kertas siasatan berhubung kejadian sebuah gerai yang menjual mercun serta bunga api terbakar malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit pada pukul 3.43 petang tadi.
Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 10.50 malam di tepi Jalan Raja Bot, Chow Kit dan gerai tersebut tidak mempunyai lesen.
“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
“Siasatan sedang dijalankan di mana individu terlibat telah dikenal pasti dan akan diambil keterangan bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Dellhan berkata, orang ramai dinasihatkan tidak terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Artikel⚡UtusanTV