Hanya kerana tidak puas hati bekas tunangnya memutuskan tali pertunangan, seorang lelaki bertindak merumpuh kenderaan wanita terbabit di Bandar Indah, Batu Empat, Sandakan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandaran, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, kejadian berkenaan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Viva merempuh kereta jenis Perodua Myvi.

Ujarnya lagi, mangsa berusia 20-an yang merupakan pemilik kereta jenis Myvi itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan pada hari yang sama.

Hasil siasatan awal polis mendapati kejadian terbabit berlaku di Bandar Indah kira-kira 2 petang semalam.

Suspek lelaki yang juga bekas tunang mangsa berusia 20-an pada masa kejadian memandu Perodua Viva didapati dengan sengaja melanggar kenderaan mangsa yang diparkir di tempat letak kenderaan.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, mangsa dikatakan tidak berada dalam kenderaannya. Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan suspek pada pukul 11.15 malam semalam bagi membantu siasatan.

Motif kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa berikutan pertunangan mereka diputuskan.

Susulan daripada itu, suspek direman dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian MetroJenayah Sandakan

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.