Kajang: Seorang lelaki bertindak mengugut dan mencederakan bekas majikannya kerana berang tidak diberi komisen jualan kenderaan dalam kejadian di Jalan Semenyih, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10.15 pagi.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila suspek yang bersenjatakan keris kecil bertindak mengacukan senjata itu kepada seorang wanita yang juga pekerja syarikat terbabit.

“Suspek meminta mangsa segera bangun untuk dijadikan tebusan bersama seorang lagi seorang lagi jurujual yang hendak dibawa ke lokasi yang tidak pasti.

“Majikan mangsa berusia 45 tahun kemudian cuba merampas senjata yang dipegang suspek sebelum berlaku pergelutan hingga mengalami kecederaan di tangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, suspek berusia 39 tahun yang positif dadah itu kemudian berjaya diberkas dan diserahkan kepada polis.

“Pemeriksaan lanjut pada suspek membolehkan polis menemukan dadah eramin 5. Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek yang tidak diberi wang komisen seperti yang dijanjikan majikannya sebelum itu.

“Suspek yang juga bekas pekerja di syarikat jualan kereta itu kemudian direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *