POLIS mengesahkan seorang lelaki bertindak melarikan diri daripada anggota polis dalam satu operasi yang dilakukan di Jelapang, Ipoh, kerana panik.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dalam kejadian pukul 3 pagi semalam , sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh telah menjalankan operasi samseng jalanan di lokasi terbabit.

Beliau berkata, operasi tersebut dilakukan selepas menerima aduan daripada orang awam mengenai aktiviti lumba haram.

“Siasatan polis mendapati individu yang melarikan diri merupakan orang awam yang panik dengan kehadiran polis secara mengejut dalam operasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, sebanyak 49 keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas telah dikeluarkan sepanjang operasi tersebut.

Yahaya berkata, operasi terbabit akan dijalankan secara berterusan bagi membanteras aktivit lumba haram.

Artikel⚡UtusanTV

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *