ANGKARA dendam selepas bercerai, seorang lelaki tergamak tetak muka bekas isterinya berkali-kali sehingga terbelah dua dalam kejadian di Kampung Deli Serdang, Indonesia pada Selasa.

Tindakan kejam lelaki terbabit berjaya dirakam menerusi sebuah video berdurasi 15 saat sebelum tular di media sosial.

Difahamkan, wanita dikenali sebagai Dewi Dahliana berusia 50 tahun dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan susulan serangan kejam terbabit.

Menurut saksi kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah sejurus selesai membeli barangan di sebuah kedai sebelum suspek datang dan menghalang mangsa.

Suspek dikenali sebagai Sumartono, 52, dikatakan bertindak agresif dengan menetak muka mangsa berkali-kali dengan sebilah parang sebelum melarikan diri ketika orang ramai mula berkumpul.

Punca kejadian dipercayai akibat dendam selain mendakwa bekas isterinya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain ketika masih berkahwin.

Suspek berjaya ditahan polis pada hari kejadian atas cubaan membunuh.— Agensi

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.