Kejadian itu disaksikan sendiri oleh seorang netizen ini, dia melihat seorang wanita dan bayi telah dikasari oleh seorang lelaki.

Libas bayi, lepas orang ramai datang, kau nak buat konon-konon sayang baby tu”

Dalam perkongsiannya di Twitter yang telah meraih 22.8K jumlah retweets dalam masa 21 jam ia dimuat naik, netizen yang dikenali sebagai @RadenZaharatul ini ada terdengar jeritan daripada seorang wanita, tapi seperti yang dikatakan tadi, sebagai orang luar malas nak masuk campur.

Tiba-tiba, dia terdengar suara bayi, dan terus berlari kearah wanita tersebut. Bila dilihat, wanita yang menjerit itu dipukul oleh seorang lelaki.

Memikirkan bahayanya untuk dia menyelamatkan bayi itu sebab mangsa tengah kena pukul, @RadenZaharatul terus menjerit dan orang ramai mula berkerumun. Si pelaku pun berhenti pukul mangsa.

“Masalahnya cam bodo dia konon-konon nak usap2 baby tu padahal i nampak kot apa dia buat dri awal.”

Netizen ini bertindak merakam semasa kejadian, katanya dia ternampak bayi itu dilibas dan dikatakan buat-buat usap bayi tersebut apabila orang ramai datang.

Harap baby selamat – Netizen

Apa pun doa-doa lah yang bayi itu tak ada apa-apa.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *