Kecewa kerana alami kerugian besar dalam pelaburan saham, seorang lelaki di China dilapor bertindak terjun ke dalam api di sebuah kilang keluli di Inner Mongolia pada 24 Mac lalu.

Lapor Gulf Today, rakaman CCTV di tempat kejadian menunjukkan kelibat lelaki tersebut yang merupakan pekerja kilang berkenaan berhampiran relau letupan yang mengandungi cairan keluli panas.

Menurut portal tersebut, lelaki itu dilihat membuka sarung tangan dan helmet keselamatan yang dipakai dan meletakkannya di atas lantai.

Dia kelihatan teragak-agak selama beberapa minit sebelum bertindak terjun ke dalam cairan keluli tersebut, tulis portal berkenaan.

Memetik kenyataan wakil syarikat, pekerja berusia 34 tahun itu merupakan staf di bahagian pembuatan paip keluli yang bekerja pada syif malam ketika waktu kejadian.

Polis pada awalnya didakwa mengaitkan kejadian itu dengan pembunuhan, namun menyimpulkan ia adalah kematian bunuh diri.

Laporan polis mendakwa mangsa mengalami kerugian sekitar 60,000 yuan dalam pelaburan saham dan gagal membayar hutang-hutangnya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *