PEMANDU TAK BERHEMAH YANG TULAR TELAH DITAHAN POLIS.

Rakaman dashcam kereta pengguna jalanraya jadi bukti perbuatan kesalahan.

Seorang lelaki berumur 58 tahun telah ditahan di Balai Polis Trafik Klang Selatan selepas beberapa rakaman yang menunjukkan lelaki itu memandu kereta secara tidak berhemah dan merbahaya tular di media sosial.

Rakaman-rakaman itu dibuat oleh beberapa pengguna jalanraya pada masa yang berlainan dan kejadian yang berasingan.

Kesemua rakaman berkenaan menunjukkan lelaki yang bekerja sebagai tukang masak itu memandu sebuah Honda CRV dengan nombor pendaftaran BMD 3787 secara merbahaya dan melanggar pelbagai undang-undang jalanraya.

Lelaki itu ditahan apabila hadir di balai untuk membuat laporan berkenaan penerimaan salah satu rakaman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan satu rakaman video berdurasi 17 saat yang tular, terdapat sebuah kenderaan Honda CRV dipandu secara berbahaya dengan memotong dari arah kiri secara tiba-tiba.

“Rakaman itu juga memaparkannya memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba hingga menyebabkan pemandu yang merakam video terbabit terpaksa membrek secara mengejut.

“Pemandu Honda CRV itu juga mendakwa menerima rakaman berkenaan selain turut mendapat banyak panggilan telefon dan pesanan menerusi aplikasi WhatsApp selepas video berkenaan tular,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki yang bekerja sebagai tukang masak itu juga merupakan pemilik kereta Honda CRV dengan nombor pendaftaran BMD 3787 yang dirakam dalam klip-klip video berkenaan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *