TULAR video rakaman kejadian pergaduhan yang didakwa melibatkan seorang pengawal peribadi dan seorang lelaki sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala pada Khamis.

Berdasarkan video yang dirakam penduduk kawasan terbabit, kelihatan lelaki terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah dihentak ‘bodyguard’ guna besi di Pudu disyaki dipukul dengan besi oleh pengawal peribadi terbabit.

Pergaduhan itu berlaku dipercayai berpunca daripada rasa ketidakpuasan hati suspek dan mangsa kerana terlibat dalam satu kemalangan kecil.

Menerusi video itu, mangsa yang dibantu oleh penduduk kawasan itu dilihat berada dalam keadaan lemah selepas mengalami pendarahan di kepala.

Difahamkan kemalangan yang berjaya dirakam itu berlaku di Flat Jalan San Peng, Pudu, Kuala Lumpur.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *