Kejadian seperti tular di media sosial hari ini apabila seorang lelaki enggan mengalihkan kenderaannya ketika seorang pemandu wanita mahu keluar dari parkir.

Berdasarkan video berdurasi seminit 33 saat, seorang lelaki duduk bersahaja dalam Perodua Kelisa di bahagian pemandu enggan mengalihkan kereta walaupun diminta berbuat demikian oleh wanita tersebut.

Malah lelaki berusia lingkungan 40-an itu sebaliknya kelihatan berbual di telefon sambil mengeluarkan perkataan lucah dan mengaibkan wanita tersebut.

Turut kelihatan seorang lelaki cuba meminta pemandu Perodua Kelisa tersebut mengalihkan keretanya bagi membolehkan wanita berkenaan mengundurkan kenderaan dan berlalu pergi.

Namun lelaki itu tetap berkeras dan tetap menghalang kereta wanita tersebut.

Pemandu wanita itu kemudian terpaksa mengundurkan kenderaannya secara perlahan-lahan dengan bantuan orang ramai.

Rata-rata netizen marah dengan sikap biadap dan tidak bertimbang rasa lelaki tersebut dan berharap dia ditangkap segera oleh pihak polis. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *