TINDAKAN sepasang suami isteri menghidu gam ketika memandu undang perhatian ramai apabila perbuatan mereka didakwa membahayakan keselamatan pemandu lain dan juga anak mereka.

Kejadian itu yang dilaporkan berlaku di Melaka, menunjukkan kedua pasangan suami isteri terbabit sedang khayal menghidu gam.

Meskipun ada seorang anak kecil di belakang, mereka dilihat seperti tidak mempedulikan keselamatan kanak-kanak terbabit apabila masih terus melakukan perbuatan terkutuk itu.

Dikongsikan di laman Facebook, rakaman berdurasi 18 saat itu hangat diperkatakan netizen.

Lelaki berkenaan yang memandu kereta jenis Proton Iswara dilihat memandu dengan laju sambil bersilih ganti menghidu gam dengan isterinya.

Perbuatan berbahaya itu sekaligus mengundang pelbagai spekulasi dan kecaman daripada netizen di ruangan komen. BB

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *