PETALING JAYA – Bukan sahaja maki hamun, tetapi sanggup ‘naik’ kaki terhadap peniaga gara-gara tidak dapat mencuba baju.

Itulah yang terjadi di dalam video yang baru sahaja tular hari ini, apabila sepasang suami isteri dikatakan mengamuk dengan peniaga apabila tidak dapat mencuba baju yang ingin dibeli.

Kejadian tersebut dikatakan terjadi di sebuah pusat beli-belah, di Kuala Lumpur dan mendapat perhatian para peniaga serta pengunjung yang hadir disitu.

Video yang berdurasi satu minit itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata mengkritik pasangan suami isteri itu khususnya si suami.

“Lelaki dayus.. aku tak sokong mana-mana, tetapi kalau lelaki ‘naik’ tangan/kaki, memang sahlah, fikir sendirilah,” kata @rubyniza.

Ada juga yang komen sememangnya kebanyakan kedai di pusat beli-belah itu tidak benarkan para pembeli untuk mencuba oleh kerana penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

“Mesti pertama kali pergi pusat beli-belah ini. Tempat ini sebelum covid lagi memang tidak boleh cuba,” kata @Nichaaa4.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 156 perkongsian dan 290 tanda suka. – KOSMO!

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *