Tular di media sosial satu rakaman di mana seekor kucing tiba-tiba memanjat Imam yang sedang mengepalai solat tarawih.
Kejadian tidak dinyatakan di mana tetapi telah mendapat tontonan ribuan netizen yang merasa terhibur dengan gelagat haiwan comel itu.
Yang menjadi tarikan adalah cara Imam tersebut mengendalikan kucing itu dengan baik tanpa menjelaskan sedikitpun bacaan dan peradapan menjalani solat.
Yang menariknya, kegigihan kucing itu memanjat adalah semata-mata untuk mencium pipi Imam tersebut.
Setelah misi si kucing itu selesai, kucing itu terus melompat turun dan Imam meneruskan solat seperti tiada apa yang berlaku.