TULAR sebuah video memaparkan kejadian ngeri selepas sebuah kereta dipandu lelaki tanpa kepala di Dresden, Jerman baru-baru ini.

Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi sebuah video berdurasi 33 saat sebelum tular di media sosial.

Menurut laporan, kenderaan berkenaan dipandu seorang lelaki sebelum terbabit dalam kemalangan pada Selasa.

“Pemandu kereta Porsche itu dikatakan cuba memotong dua lori namun hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, kepala mangsa terputus dan kaki pemandu masih menekan pedal minyak.

“Kejadian itu menyebabkan kereta mangsa terus bergerak dan pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk menghentikan kenderaan terbabit,” katanya.

Setakat ini, polis masih menyiasat kejadian tersebut manakala identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Sementara itu, rata-rata netizen menyifatkan kejadian tersebut menakutkan.

“Takut melihat kenderaan itu bergerak dan mangsa sudah tidak mempunyai kepala. Sangat mengerikan,” jelas Amanda.

“Mungkin mangsa memandu dengan laju sehingga sukar mengawal kenderaan dan menyebabkan kepalanya terputus,” kata Alex.

“Berhati-hati ketika berada di jalan raya kerana kita tidak tahu apa akan berlaku. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini,” luah Zanderia.

“Peringatan kepada semua agar tidak terlalu laju ketika memandu. Trauma dan menakutkan lihat video ini, semoga ia jadi pengajaran kepada semua,” kata Jurgen. — Agensi

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *