KENYATAAN MEDIA

KEJADIAN KEMALANGAN MELIBATKAN TRAILER MELANGGAR PERANCAH BESI PEMBINAAN SUKE

Kuala Lumpur, 3 Mac 2021 – Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., pemaju bagi projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) ingin mengesahkan bahawa terdapat satu kejadian kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah lori trailer yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang tadi.

Untuk rekod, lori trailer tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan lebuh raya SUKE.

Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya MRR2 berhampiran Bandar Tasik Selatan telah menyebabkan kesesakan trafik yang teruk. Pasukan bomba sedang berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

Pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari masa ke semasa.

Untuk mendapatkan maklumat terkini atau menghantar maklumbalas, sila berhubung dengan saluran komunikasi SUKE seperti berikut:


By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *