Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menunjukkan bakat berlakon apabila membuat penampilan istimewa dalam sebuah drama arahan pengarah popular tanah air, Azman Jinggo.

Ratu Ten Pin 2 merupakan drama bersiri terbaharu terbitan JS Pictures Sdn Bhd pada tahun 2022 yang mengetengahkan tentang penceritaan sukan boling. Drama ini diinspirasikan daripada kisah hidup ratu boling negara, Shalin Zulkifli termasuk bibit-bibit permulaan dirinya berkecimpung dan menyertai pasukan boling negara, drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 11 Julai 2022.

Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin menampilkan barisan pelakon sedia ada disamping tambahan pelakon baru. Antara yang terlibat ialah Jasmine Suraya, Yusuf Bahrin, Elisya Sandha, Nazim Othman, Sheila Rusly, Nasz Sally, Wani Kayrie, Linda Onn, Riezman Khuzaimi, Dato’ Fizz Fairuz, Syaidatul Afifah dan ramai lagi.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.