Dua pegawai SPRM mencicit lari lintang pukang sampai tak cukup tanah selepas didakwa rasuah
Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berlari laju keluar dari Mahkamah Sesyen JB selepas didakwa atas pertuduhan rasuah menipu seorang individu sehingga menyerahkan wang tunai sebanyak RM40,000 kepada mereka sebagai balasan untuk menyelesaikan kes, minggu lepas di sini hari ini.
Kedua-dua tertuduh yang memakai topeng muka dan baju berhud itu berbuat demikian kerana tidak mahu wajah mereka dirakam jurugambar dan video wakil-wakil media.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa menipu dengan memperdayakan seorang individu dengan curang mendorongnya menghantar harta iaitu wang tunai RM40,000 kepada kedua tertuduh, dengan balasan kononnya mereka boleh membantu menyelesaikan kes yang disiasat SPRM ke atas individu terbabit.
Kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah restoran di dalam daerah Simpang Renggam, kira-kira jam 7.57 malam pada 14 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.