CHINA- Sebuah pencakar langit yang terkenal di bandar Shenzhen,China mula bergoyang tanpa sebab pada petang 18 Mei. Orang ramai lari bertempiaran menyelamatkan diri dalam kejadian itu.
Biro Pengurusan Kecemasan Shenzhen mengatakan bahawa pihaknya telah menerima laporan bahawa SEG PLaza bergoyang. Bangunan berusia 20 tahun yang mempunyai 79 tingkat yang hampir sama dengan Bangunan Empire State, New York.
Menurut South China Morning Post, pihak berkuasa yang berkaitan masih menyiasat perkara itu.
Bagaimanapun, Biro mengatakan tiada gempa bumi di kota tersebut. Gegaran dilaporkan pada sekitar jam 1:50 tengah hari (waktu tempatan).
Selain itu, laporan cuaca tempatan juga menunjukkan kelajuan angin di Shenzhen hanya sekitar 27km/jam. Kelajuan angin yang memustahilkan gegaran bangunan tinggi itu.