Panas Sidang Dun Selangor !
“Pesuruhjaya Pas Selangor sepatutnya berterima kasih kerana saya menyuarakan hak rakyat Kelantan kerana persidangan ini didengar oleh seluruh rakyat termasuklah para pemimpin di peringkat persekutuan.
Hak rakyat di semua peringkat saya akan terus perjuangkan!”
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Mohd Sany Hamzan menegaskan sepatutnya (ADUN) Sijangkang harus berterima kasih kepadanya kerana membawa dan memperjuangkan isu royalti rakyat Kelantan.
Hal ini dibantah oleh Y.B. Dato’ Dr Ahmad Yunus bin Hairi ADUN PAS yang tidak bersetuju isu Kelantan disuarakan di dalam DUN Selangor.
Telah tular kenyataan daripada Ketua Pemuda PAS Selangor yang menyifatkan ADUN Templer ini sebagai ‘Tin Kosong’ hanya membuat bising terpekik terlolong tanpa sebarang isi terkait dengan isu Selangor.