Susulan dari kemalangan ngeri di mana Suzuki Swift merempuh kereta Perodua Myvi, Toyota Vios dan motosikal dengan kelajuan tinggi semalam, telah tular satu lagi video yang telah mengelirukan netizen.
Dalam pada itu juga, seorang lelaki yang membuat rakaman video di lokasi kejadian bersama dengan seorang lagi lelaki didapati menuduh pemandu Perodua Myvi yang menjadi punca kemalangan itu.
Lelaki 1: “Gilo, mabuk ka apa? Hang mabuk ka?”
Perakam: “Langgar lampu isyarat ka apa?”
Mangsa: “Takda! Takda! Takda!”
Lelaki 1: “Hang tengok apa jadi semua!”
Mangsa: “Takda! Takda! Bukan! Bukan! Saya berhenti di sini…” katanya yang masih dalam keadaan keliru setelah dirempuh Suzuki Swift.
Lelaki 2 (Baju biru): “Kenapa ni?
Perakam: “Dia langgar lampu isyarat!
Lelaki 2 (Baju biru): “Owhhhh!”
Perakam: “You Berhenti apa? Lampu sudah merah! Jaga eh, semua sudah rakam. Standby! Tepi-tepi ini semua ada, jaga eh! Hang tengok apa jadi semua, eiii! Nasib baik tadi. Langgar lampu isyarat, habis semua orang jadi mangsa.
Lelaki 1: “Bang! Bang! Tahan sat! kena pegang! Kena pegang!”
Fitnah yang dilemparkan oleh dua lelaki itu membuatkan netizen bengang, malah mengecam tindakan dua lelaki terbabit cuba menjadi hero yang tak diundang.
“Amboi konon nak jadi hero la tu. Sampai-sampai lokasi siap main tuduh je. Kesian uncle tu dok pening lagi. Bang moto, baik hang pi minta maaf balik dengan uncle tu,” kata netizen.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menjadi ‘palatao’ apabila berada di lokasi kemalangan. Sebaik-baiknya dapatkan maklumat yang tepat sebelum menyebarkannya di media sosial. Tindakan menyebarkan fitnah boleh menyebabkan anda dikenakan tindakan undang-undang.
