PENDUDUK kondominium di PV18 Residence Setapak, Kuala Lumpur, digemparkan dengan situasi ngeri apabila seorang kanak-kanak dan bayi dilihat bermain di belebas tingkap dari tingkat atas bangunan tersebut.

Kejadian itu yang dikongsikan di laman Facebook, memaparkan kelakuan kanak-kanak terbabit sedang leka bermain dari kawasan yang tinggi.

Meskipun tidak dapat dipastikan tingkat berapa kejadian itu berlaku, namun situasi itu tetap merbahaya memandangkan ia terjadi di sebuah perumahan kondominium.

Berdasarkan video itu, kanak-kanak dan bayi tersebut disyaki meloloskan diri dari jeriji sebelum bermain di belebas tingkap.

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui namun difahamkan kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan selepas rakaman kejadian itu dilaporkan kepada pengawal keselamatan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen melemparkan kecaman berhubung situasi itu.

Namun difahamkan, kedua ibu bapa kanak-kanak itu telah tampil memberikan penjelasan di ruang pejabat kondominium terbabit dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *