TINDAKAN seorang lelaki yang mengasari dan memukul kanak-kanak ketika solat di sebuah masjid di Tebet, Jakarta Selatan, Indonesia mengundang padah apabila dia ditahan polis.

Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut dilihat sedang bermain dan berlari dalam masjid berkenaan sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba memukul mereka.

Meskipun tindakan itu awalnya dianggap sebagai satu amaran buat kanak-kanak terbabit, namun situasi bertambah serius apabila lelaki berkenaan kemudiannya memukul muka dan kepala mangsa berulang kali.

Dikongsikan di laman Instagram, rakaman itu hangat diperkatakan warganet dan menerima kecaman ramai.

Suspek lelaki dikenali sebagai Firman, 51, telah ditahan pihak polis atas kesalahan mendera kanak-kanak tersebut.

Menurut Ketua Polis Metro Jakarta Selatan, AKP Numa Dewi, suspek ditahan di bawah undang-undang Perlindungan kanak-kanak dan boleh berhadapan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Serangan itu dipercayai berlaku selepas suspek dipercayai gagal mengawal emosi ketika dipukul balas oleh kanak-kanak terbabit.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *