WASHINGTON – Seorang nelayan di Florida, Amerika Syarikat (AS) putus jari kelingking akibat digigit seekor jerung ketika cuba mencabut mata kail pada ikan tersebut, lapor akhbar New York Post semalam.

Rakaman video yang memaparkan kejadian ngeri itu dimuat naik di laman TikTok dan mendapat 11 juta tontonan.

“Saya lelaki yang mungkin hilang jari akibat digigit jerung,” kata lelaki berkenaan dalam video tersebut.

Kejadian itu berlaku semasa Brett Reeder memancing ikan jerung di Pulau Content Keys, beberapa kilometer di selatan Miami.

“Kami menangkap jerung terakhir pada hari itu. Dan saya perlukan mata kail saya kembali, jadi saya cuba mendapatkannya tetapi bernasib malang,” jelas Reeder.

Dalam video tersebut, Reeder dilihat cuba mengawal pemangsa itu dari atas bot sambil disaksikan ahli keluarganya.

Akan tetapi, jerung itu tiba-tiba menggigit jarinya menyebabkan orang yang menyaksikan kejadian itu menjerit kerana terkejut.

Reeder yang kesakitan kemudian menjerit lalu memegang tangannya yang tinggal empat jari sambil darah memercik pada bot.

Isterinya kemudian menggunakan tornikuet (alat penyekat salur darah) pada jarinya ketika mereka kembali ke pantai. Dia dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan menyambung jarinya. – Agensi

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.