Fitnah itu percuma… Isham Jalil bekas pegawai kanan Najib Razak dengan mudah menjaja fitnah kononnya ada peniaga maki hamun TS Muhyiddin Yassin ketika beliau turun ke Bazar Ramadhan semalam…

Alhamdulillah hari ini tersebar video tuan punya suara yang menerangkan apa sebenarnya terjadi… dia memang sentiasa menjerit menjual dengan cara begitu dan tidak ada kena mengena dengan PM yang hadir. Malah beliau sendiri teruja dengan lawatan PM..

Ini bukan sekali puak puak ni menjaja cerita palsu dan seperti biasa mereka tak akan akui jauh sekali meminta maaf…

https://www.facebook.com/100035959996986/posts/470593914149271/

Tular di medsos sebelum ini, Isham yang juga bekas pegawai khas kepada Najib Razak ketika menjadi perdana menteri, memuat naik sebuah video menunjukkan Muhyiddin melawat bazar Ramadhan Presint 3 Putrajaya kelmarin.

Dalam video tersebut, kedengaran suara Faisal melaungkan “trademark” jualan untuk menarik lebih ramai pelanggan.

“Padu punya, hari-hari kami menjual, hari-hari kami pulun, hujan panas kami turun, tinggai tak banyak dah, atas meja ja lagi.”

Namun, laungan itu disalah tafsir oleh Isham yang menganggap Faisal mengecam perdana menteri.

“Keluh rakyat di bazar Ramadhan Presint 3 Putrajaya kelmarin sambil perdana menteri berlalu jalan.

“Mungkin audio ini yang kerajaan dan perdana menteri perlu beri perhatian untuk dengar betul-betul apa yang sebenarnya orang itu laungkan,” katanya di laman Facebook.

“Dengarlah suara dan rintihan rakyat.”

Zulfazli, pembantu di gerai Faisal mengatakan tulisan Isham itu sebagai fitnah.

“Yang viral di media sosial, itu semua fitnah,” katanya.

“(Kami) tak tujukan kepada perdana menteri.”

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.