Bertuah kita semua dapat menatap wajah sebenar pahlawan dan pejuang bangsa, Mat Kilau walaupun menerusi rakaman video. Klip rakaman bertarikh 2.1.1970. Al-Fatihah.

MAT KILAU, ANAK TOK GAJAH

  1. Setelah lama menghilang, Mat Kilau muncul kembali pada tahun Hari Jumaat, 27 Disember 1969 dan mengisytiharkan bahawa dirinya ialah Mat Kilau di mimbar Masjid Pulau Tawar, Jerantut selepas solat Jumaat.

“Saya Mat Kilau, anak Dato Indera Gajah Rasu bin Syarhum.”

  1. Mat Kilau ialah anak Tok Gajah. Mereka adalah pahlawan Pahang yang menerajui pemberontakan menentang penjajah Inggeris.
  2. Ketika diburu oleh Inggeris pada zaman sebelum merdeka, Mat Kilau telah menghilangkan diri. Dan akhirnya muncul semula pada tahun 1969. Berita Mat Kilau muncul kembali ini tersebar luas sehingga mendapat liputan akhbar.
  3. Tidak lama selepas itu, beliau telah menyampaikan nasihat kepada orang Melayu di Kg Kedondong, Pulau Tawar. Kata beliau, sebab orang Melayu kalah kepada Inggeris dalam perang 1891 adalah kerana terdapatnya pengkhianat. Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang sendiri mengakui bahawa orang Melayu mudah terpesona dengan tawaran harta dan kekayaan sehingga sanggup membocorkan rahsia.
  4. Begitulah kelemahan orang Melayu, tak amanah dan tak boleh simpan rahsia. Mungkin kritikan ini ditujukan kepada tali barut Inggeris daripada kalangan orang Melayu.
  5. Tidak berapa lama kemudian, Mat Kilau meninggal dunia dan dimakamkan di kampung ini.
  6. Menurut keterangan orang-orang tua, tapak asal pembinaan masjid lama itu dilakukan oleh Imam Perang Rasu (Tok Gajah), Mat Kilau serta orang-orang Melayu Pulau Tawar pada awal tahun 1880-an.
  7. Masjid lama itu kemudiannya dibangunkan dengan wajah baru pada tahun 1923 tetap mengekalkan perspektif seni bina tradisional yang menggunakan kayu dan pelupuh dari hutan tempatan.
  8. Dalam buku Sejarah Pahang ada menceritakan pembesar British, Hugh Clifford, pernah mendarat di tebing berdekatan masjid itu untuk mengadakan perundingan dengan Mat Kilau dan Tok Gajah serta penduduk Pulau Tawar supaya jangan mencampuri urusan pentadbiran Inggeris di Pahang.
  9. Setelah mengalami kerosakan teruk diancam banjir besar tahun berikutnya, masjid lama itu mengalami sekali lagi perubahan dengan binaan simen di bahagian bawah serta lantainya supaya kelihatan lebih teguh.
  10. Walaupun berhadapan dengan arus putaran masa, kubah dan mimbar masjid berkenaan masih lagi dalam bentuk binaan asal iaitu mempunyai ciri-ciri pengaruh seni bina Minangkabau.
  11. Masjid tempat beliau memunculkan diri itu kini telah menjadi Madrasah Muallim Yunus yang dikendalikan oleh al-Fadhil Maulana Helmi.
  12. Mat Kilau menceritakan bahawa beliau telah membunuh sekumpulan askar Inggeris berketurunan Sikh dalam peperangan di Kuala Tembeling. Beliau yang bersenjatakan sundang dan alat lain terpaksa menghadapi hujan peluru daripada askar Sikh. Akhbar Inggeris telah melaporkan bahawa Dato Bahaman dan Mat Kilau telah mati padahal Mat Kilau tidak mati biarpun jasadnya ditembusi peluru.
  13. Setelah Hugh Clifford melabel Mat Kilau sebagai penderhaka dan menggelarnya ‘babi lemak’, Mat Kilau telah keluar dari Pahang dan merantau sehingga ke Patani. Di sana, beliau menjadi guru silat. Nama silat yang diajar oleh beliau ialah Silat Tapak Setia Suci.
  14. Setelah beliau kembali ke Pahang, Mat Kilau menukar namanya kepada ‘Mat Siam’ atas arahan Sultan Abdullah kerana Inggeris telah melabel Mat Kilau sebagai penderhaka dan nyawa beliau dalam bahaya.
  15. Menurut maklumat daripada cucu Mat Kilau iaitu Cikgu Mohd Alhamadi, datuknya itu tinggal di rumah ibunya (anak Mat Kilau) di Batu Lima, Kuantan semenjak tahun 1930 sehingga Mat Kilau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970. Di sini ada masjid yang bernama Masjid Mat Kilau yang dijadikan markaz Jemaah Tabligh Kuantan.
  16. Atas permintaan Mat Kilau semasa hidupnya, beliau dikebumikan di sebelah kubur ibunya iaitu Teh Mahda, isteri Tok Gajah di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut.
  17. Mat Kilau mempunyai tiga orang isteri. Seorang di Pulau Tawar, seorang di Rompin dan seorang di Kuantan.
  18. Antara pesanan Mat Kilau yang sangat penting, “Jaga agama, bangsa dan negara. Jangan sampai bangsaku tiada negara.”

Dicatatkan oleh,
Khairy Tajudin
penulis bebas

(jemput share post ini tanpa copy paste)

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.