Tak perlu diperkenalkan lagi, pelakon Beto Kusyairy memang antara pelakon yang mampu menyampaikan lakonannya dengan baik. Pendek kata, bagilah watak apa pun, memang menjadi.

Dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menjadi fenomena kini, Beto memegang watak sebagai Wahid. Dalam filem itu, ada babak di mana Wahid melihat dengan mata kepalanya sendiri isteri (Rokiah) dibunuh.

Menerusi temubual bersama Media Corp Ria 897, Beto mendedahkan rahsia di sebalik tabir di mana aksinya dan Rokiah iaitu lakonan Zarina Zainoordin tidak berlaku secara serentak.

Menurut Beto, ketika merakamkan babak ditekup mulut oleh Mat Kilau, sebenarnya tiada apa yang berlaku di depan matanya. Dia hanya menggunakan imaginasi untuk mengalirkan air mata sehingga menyentuh hati penonton.

Perkongsian ini ternyata mengundang rasa kagum netizen. Mereka memuji kehebatan pelakon yang orang ramai tak tahu.

Pergh, rasanya memang ramai yang sebak bila tengok babak Wahid dan Rokiah ini kan? Tapi rupa-rupanya ini yang berlaku di sebalik tabir. Hebat!

Kredit: ria897fm | TikTok @iaechaslamber

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.