Terkini : KRI Nanggala-402: Selepas 72 Jam, Pasukan Pencarian Temui Barang Dipercayai Milik Kapal Selam Hilang
Antara barangan yang ditemukan pasukan pencari antaranya bekas pelaras torpedo (torpedo tubes straightener), paip pendingin (cooling pipe), botol berwarna jingga, sejadah, dan “periscope grease/lubricant”.
Lokasi penemuan serpihan, barangan dan kesan tumpahan minyak itu, adalah di kedalaman 850 meter.
Salam takziah buat Indonesia dan ahli keluarga anak kapal KRI Nanggala 402.
