Baru-baru ini tular pula sebuah video yang dirakam oleh Ryzal Ibrahim sendiri yang ‘bergurau’ dalam menyentuh sensitiviti masyarakat Iban bersama isterinya yang berasal dari Korea iaitu Maryam.

Menerusi video yang tular serta sudah dipadam oleh Ryzal Ibrahim selepas menerima kecaman, beliau selaku pereka fesyen seolah menghina pakaian tradisi masyarakat Iban dalam ‘gurauan’ dengan melabelnya sebagai kain buruk. Bukan itu sahaja, aksesori yang tersedia pada pakaian tersebut turut dilabel sebagai ‘kain meja’ dan ‘kain alas TV’.

Terkini President NGO Raban Ngepan Iban Steven Abas Patrick Agus yang memperjuangkan serta memertabatkan pakaian tradisional bangsa Iban tidak berpuas hati dengan kenyataan Ryzall Ibrahim & Maryam yang menganggu sensitivi kebudayaan serta pakaian tradisional bangsa Iban.

Beliau akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya melalui NGO RABAN NGEPAN IBAN dan menyeru pengusaha pakaian tradisional bangsa Iban sama ada melalui NGO atau perseorangan membuat laporan polis kerana tindakan yang dilakukan oleh beliau boleh menjatuhkan maruah, persepsi negatif terhadap masyarakat Iban.

Beliau juga percaya situasi yang dibuat oleh Ryzal secara rasional dan normal dan berharap selepas tindakkan undang-undang dilakukan nanti masyarakat terutama Public Figure lebih berhati-hati dan kejadian seperti ini tidak aka

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *