Satu video yang memaparkan awan berbentuk seakan kapal selam di langit Bali telah tular di media sosial. Video tersebut dilaporkan diambil ketika matahari terbit di Desa Sanur Kauh, Kota Denpasar.

Perakam video, Arik Andrawan, menyatakan bahawa dirinya secara tidak sengaja telah merakamkan video awan tersebut pada 25 April yang lalu semasa dia hendak menikmati pemandangan matahari terbit pada kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan.

Video tersebut kemudiannya dimuat naik ke akaun Instagram miliknya dan sejak dari itu ianya telah tersebar luas di media sosial.

“Mirip dengan kapal selam KRI Nanggala 402,” tulis Arik dalam video yang dimuat naiknya.

Rakaman video yang memaparkan awan berbentuk seakan kapal selam KRI Nanggala itu juga turut dikongsikannya di akaun media sosialnya yang lain.

“Pada awalnya saya dengan kawan saya bercadang untuk melihat matahari terbit pada jam 5 pagi. Ketika saya membuat story, saya tanpa sengaja telah merakamkan awam yang berbentuk kapal selam tersebut. Namun cuma beberapa minit sahaja. Selepas daripada itu awan tersebut sudah tidak kelihatan,” kata Arik.

“Ya, secara tidak sengaja. Tiba-tiba ketika saya habis buat story itu, saya terus muat naiknya di story WhatsApp dan banyak komen di TikTok menyatakan bahawa ianya mirip seperti kapal selam yang tenggelam itu,” katanya.

Berita berkenaan tenggelamnya kapal selam KRI Nanggala-402 milik tentera Indonesia ini semasa latihan menembak torpedo di perairan Bali utara telah mendapat liputan di dada-dada akhbar utama. Seramai 53 anak kapal daripada kapal selam itu dilaporkan telah meninggal dunia.

Hingga kini, kerja-kerja mengevakuasi kapal selam tersebut dari dasar laut masih giat lagi dijalankan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.