SEORANG penggangur dipenjara selepas bertindak memecahkan cermin kereta jiran dengan menggunakan sebatang kayu di Taman Puchong Perdana pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian pukul 5 petang itu, pengadu seorang suri rumah berusia 20 tahun mendapati jirannya melakukan khianat dengan memecahkan kesemua cermin keretanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek seorang lelaki India berusia 36 tahun mengalami tekanan jiwa selepas kehilangan pekerjaan.

“Suspek bertindak melepaskan geram kerana rumah pengadu selalu membuat bising.

“Suspek ditahan polis di lokasi kejadian dan sebatang kayu turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan dituduh di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan pada Jumaat.

Wan Azlan berkata, suspek mengaku bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM3,300.

“Suspek bagaimanapun gagal membayar denda dan ditahan di Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara selama enam bulan,” ujarnya.

Artikel⚡UtusanTV

( Kes Melakukan Khianat )

Lokasi📍 Taman Puchong Perdana, Puchong.

Sumber FB – NurJannah Sabaruddin

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *