Saya Dr Maszlee bin Malik ingin membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada semua terutamanya kepada kaum wanita di mana jua kalian berada.

Saya menyedari akan keberkesanan filem dan drama dalam menyampaikan mesej yang baik dalam masyarakat.


Namun, ia tidaklah sampai menyinggung sensitiviti mahupun budaya.

Secara peribadi, saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana melakonkan watak Perdana Menteri jahat dipenjara yang telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua.

Saya juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan teguran, ingatan, nasihat samada secara peribadi mahupun umum.

Moga Allah ampunkan segala kesilapan saya dan himpunkan kita semua dalam kebaikan.

Saya juga berharap pihak Astro boleh menapis babak tersebut demi menghormati sensitiviti ramai pihak.

Saya juga mengajak rakyat sekelian untuk menonton siri drama KUDETA di Astro yang merupakan drama Melayu yang julung kali berunsur politik, thriller dan aksi. Banyak yang boleh dipelajari selain babak lima saat yang kontroversi tersebut.

Terima kasih.

Salam hormat,

Dr Maszlee bin Malik.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *