Bagaimanapun, menerusi satu video dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ipei Pepei memaparkan pasangan muda yang dipercayai sedang bergaduh. Video tersebut bagaimanapun, meraih perhatian netizen yang rata-rata geli hati melihat gelagat pasangan ini.
Menerusi video berdurasi 30 saat itu, pasangan ini dipercayai bergaduh tentang satu perkara sebelum si gadis bertindak menampar remaja lelaki ini dengan ‘kuat’. Bagaimanapun, remaja lelaki ini sama sekali tidak membalas tamparan gadis itu dan hanya mendiamkan diri.
Tetapi apa yang mengejutkan, apabila dia (lelaki) bertindak menampar dirinya sendiri berulang kali sebelum terduduk di situ dan mengalirkan air mata. Namun, tiada info tambahan di sebalik kejadian itu.
Video tersebut telah meraih ratusan komen dan telah dikongsi lebih 2.6k oleh pengguna Facebook. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat memuji tindakan remaja lelaki ini yang sama sekali tidak memukul gadis itu walaupun dia diperlakukan sedemikian rupa.