Semalam telah berlangsungnya majlis pernikahan penuh indah selebriti popular, Neelofa dan pendakwah bebas, PU Riz di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Paling menjadi perhatian ramai majlis perkahwinan pasangan itu bertema Jabal Rahmah.

Apa yang paling menarik dan unik adalah rekaan pelamin mereka berinspirasikan pergunungan di mana Adam dan Hawa dipertemukan.

Seperti indah simbolik penyatuan cinta agung Adam dan Hawa di Jabal Rahmah, pasangan ini menggunakan khidmat pereka majlis terkenal untuk melatari keseluruhan dewan pernikahan mereka selain pelamin yang tampak mewah.

Khabarnya 4 tan bunga segar digunakan untuk menghasilkan hiasan pelamin yang indah ini.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.