Sebelum ini, seorang exco negeri Terengganu telah dikecam hebat netizen apabila menuangkan air oren ke dalam pinggan yang mempunyai nasi, ikan rebus dan sayuran seolah-olah mempermainkan Menu Rahmah.

Terbaharu, exco tersebut kembali menjadi bualan ramai apabila video dia yang membuat kunjungan dan memberikan bantuan dari rumah ke rumah tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dia memberikan bantuan barang basah berupa seekor ikan kepada penduduk kawasan sekitar tanpa sebarang bekas atau plastik.

Susulan itu, tindakan exco terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan menerima kritikan hebat netizen. Segelintir netizen mengatakan tindakannya itu seolah-olah tidak sopan dan menghina penerima bantuan.

Bukan itu sahaja, para netizen pun mempersoalkan tentang kebersihan kerana exco itu memberikan ikan tanpa bekas dan memegangnya dengan tangan sahaja. Malah, ada juga netizen berseloroh mengatakan cara exco tersebut beri bantuan seperti memberi kucing makan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *