Dalam keadaan penularan pandemik Covid-19 semakin berleluasa ini, ramai individu yang terkesan lebih-lebih lagi dari segi ekonomi berhubung berkurangnya peluang pekerjaan.
Dek kerana terdesak mencari rezeki dalam tempoh gawat ini, ada segelintir individu mengambil jalan mudah dengan melakukan jenayah seperti merompak, meragut atau menyamun orang lain.
Baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan dua orang lelaki memakai helmet dipercayai ‘kantoi’ menyamun sebuah rumah telah menjadi tular di laman sosial Twitter.
Video tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @anthraxxxx dan gelagat lelaki berkenaan dipercayai dirakam oleh tuan rumah tersebut, iaitu pasangan suami isteri yang menaiki kereta.
Difahamkan lagi, mereka baru tiba di rumah dan terkejut apabila melihat seorang lelaki berada di hadapan rumah mereka manakala seorang lagi, sudah berada di dalam pagar rumah.
Ini saya punya rumah tau!” jerit wanita dalam kereta tersebut.
Bagaimanapun, apa yang tidak masuk akal adalah jawapan keduadua lelaki itu apabila ditanya alasannya masuk ke dalam rumah mereka:
“Sorry saya tengok sampah sahaja, dalam tak curi,” jelas lelaki itu, mempertahankan diri.
Walhal, mengikut kenyataan pemilik rumah, sampah biasanya diletakkan di luar. Ikut logik, mana ada orang ambil sampah sampai masuk ke dalam rumah.
Takut akan gertakan pasangan terbabit, mereka meminta maaf dan menaiki motor segera beredar dari rumah berkenaan.
Baik betul tuan rumah tu, tak buat apa-apa tindakan cuma gertak sahaja. Harap-harap mereka berubah lepas ini.
Sumber: Twitter @anthraxxxx