JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, 22 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata, kedua-duanya yang berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun ditahan pada Ahad lepas dan semalam, di sekitar bandar raya ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu disebabkan berlaku perselisihan faham antara mereka susulan kemalangan yang menyebabkan motosikal seorang daripada mereka mengalami kerosakan kecil.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang daripada lelaki itu positif terhadap dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) dan mempunyai dua rekod lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Raub, mereka direman empat hari bermula semalam bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di 07-2182 323 atau Pengawai Penyiasat Nik Mohamad Amirul Fikrie Nik Zulkifli di talian 013-3416394.

Sumber⚡BERNAMA

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *