JAKARTA – Satu letupan dilaporkan berlaku di luar sebuah gereja di Makassar di Sulawesi selatan pagi ini, menurut media tempatan.

Portal berita Indonesia, Kompas TV melaporkan, letupan tersebut berlaku sekitar jam 10.28 pagi (waktu tempatan).

Bom tersebut dipercayai meletup di pintu gerbang gereja ketika ketika jemaah gereja sedang melakukan ibadah.

Jumlah korban masih belum dapat dikenal pasti.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.