Majikan yang didakwa membelasah dua pengawal peribadinya kerana berpuasa pada bulan Ramadan membuat permohonan maaf kepada umat Islam hari ini.
Lelaki berusia 43 tahun itu meminta maaf ketika diiringi dan diapit oleh dua anggota polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
“Sekiranya apa yang saya katakan kepada pengawal peribadi saya menying.gung perasaan sesiapa, saya rasa saya harus minta maaf kepada semua umat Islam di negara ini, kepada Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal peribadi saya.
“Bagaimanapun saya tidak bermaksud menghina sesiapa dengan apa yang saya katakan,” katanya.
Lelaki berkenaan adalah salah seorang daripada empat individu yang direman oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Polis sebelum ini berkata penahanan itu berjaya membongkar aktiviti judi dan sindiket ceti haram atau Along yang dijalankan syarikat milik majikan terbabit.