SEORANG Ahli Dewan Undangan Negeri dipercayai terlibat dalam salah laku skandal rasuah seks bersama seorang wanita, makin hangat diperkatakan di laman media sosial ketika ini.

Beliau yang juga merupakan Ketua Bahagian sebuah parti politik di sebuah negeri itu dikatakan terlibat dalam perbuatan melakukan rasuah seks apabila dikatakan memberi sejumlah wang kepada seorang wanita di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Berita itu dikongsikan oleh seorang blogger, Datuk Zaharin Mohd Yasin di laman Facebook peribadinya apabila memuat naik beberapa tangkap layar perbualan ‘kotor’ dipercayai milik Exco terbabit.

Zaharin yang juga Bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak itu turut mendakwa Exco berkenaan meminta habuan ‘jijik’ daripada sorang wanita dipercayai skandal yang sudah lama disimpan oleh beliau dan perkara itu dikongsikan sendiri oleh wanita terbabit.

1
3
4

Tangkap layar dipercayai perbualan lucah milik seorang Exco dan wanita simpanannya.

Menerusi perkongsian tersebut, si pelaku yang dipercayai merupakan bekas graduan dari Mesir itu dipercayai memberikan wang kepada pihak ketiga yang didakwa bapa saudara kepada wanita terbabit.

Namun, perbualan lucah dan tidak bermoral itu mengundang seribu satu persoalan tentang perkara sebenar yang berlaku di sebalik perkongsian tersebut.

Setakat ini, belum ada kenyataan polis berhubung perkara terbabit dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu berkenaan. — Majoriti

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *