Video seorang wanita dipercayai guru tadika mencampak seorang anak murid ketika sesi pembelajaran tular di media sosial hari ini.
Video berdurasi 10 saat yang dimuatnaik di Facebook My Kuala Langat itu memaparkan wanita berkenaan mengangkat kanak-kanak itu sebelum mencampakkannya ke lantai sambil diperhatikan rakan-rakannya yang lain.
Menurut sumber, kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah tadika swasta di Jalan Kebun, Klang.
Video tersebut menerima pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata geram dengan perbuatan guru terbabit.
“Kalau anak yang kena macma ini, sayang cari cikgu ini. Saya pun cikgu jugakm tapi bukan macma ini caranya nak ajar murid-murid. Apatah lagi anak-anak kecil macma ini,” ujar Intan Maria Mahmood.
Seorang lagi netizen meminta ibu bapa kanak-kanak itu membuat laporan polis agar kes tersebut dapat disiasat dengan sebaik-baiknya.