KLANG: Empat lelaki tempatan diberkas kerana disyaki melanggar sebuah kenderaan dari belakang dengan kereta dinaiki mereka sebelum menyamun dan mencederakan mangsa di Taman Sentosa, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata insiden kira-kira jam 4.30 petang dilaporkan berlaku ketika seorang pemandu lelaki bersama sepupunya sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang.

“Kenderaan mangsa dikatakan tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic yang dinaiki empat lelaki.

“Malah, suspek didakwa turut merampas sebuah telefon bimbit milik sepupu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, beliau memaklumkan, dua klip video berdurasi 0.24 saat menunjukkan sekumpulan lelaki sedang menendang dan memecahkan cermin kenderaan di tepi jalan raya, tular dalam media sosial sejak semalam.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan video itu.

“Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati semua suspek yang tiada pekerjaan itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *