Aliff Syukri telah berkongsi sebuah video di media sosial miliknya dimana menunjukkan dirinya bergaduh di set penggambaran dalam satu rancangan TV terkemuka di Malaysia.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Aliff Syukri menzahirkan rasa tidak puas hati dan marah pada AC Mizal dan krew penggambaran. Menurut Aliff, dirinya menerima soalan yang tidak munasabah justeru membuatkan beliau berasa tersinggung sehingga bertindak seperti itu.

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa kasihan dengan Aliff Syukri serta meminta dirinya untuk bersabar. Malah, para netizen turut tertanya-tanya akan situasi sebenar yang mengakibatkan pergaduhan tersebut tercetus.

photo_2021-05-13_08-57-35
photo_2021-05-13_08-57-42
photo_2021-05-13_08-57-45

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan bahawa pergaduhan tersebut hanyalah ‘prank’ dan ada yang mendakwa ia hanyalah lakonan semata-mata. Malah, segelintir netizen turut mengatakan video itu adalah taktik ‘marketing’ bagi meningkatkan nama Aliff Syukri.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *