Baru 2 minggu berkahwin, rider grab meninggal dirempuh di trafik light saat mencari rezeki buat keluarga. Innalillahiwainailahirojiu

n. Al-Fatihah untuk seorang penghantar makanan, dikenali sebagai Amin yang maut dirempuh di persimpangan lampu isyarat di Jalan Meru/ Jalan Haji Sirat petang tadi.

Apa yang lebih menyedihkan arwah Amin keluar mencari rezeki buat keluarga dan lebih menyedihkan dirinya baru saja mendirikan rumahtangga dua minggu lalu iaitu pada 9 September lalu.

Dalam video yang tular di media sosial, arwah dikatakan sempat menoleh sesaat penunggang di sebelah dirempuh tatkala menunggu lampu bertukar hijau sebelum sesaat kemudian dirinya dirempuh oleh satu kenderaan lain (dari simpang sama) lalu meninggal di tempat kejadian akibat rempuhan kuat itu.

Jika keluarganya diuji dengan kesedihan, nasib rider lalamove yang patah kedua belah kaki juga tidak kurang hebat kerana dia juga pencari rezeki dan isterinya dikatakan sarat mengandung.

Ekoran kemalangan maut itu, kebanyakan rider bersatu hati dan mahu isu ini dibela kerana jelas kelihatan kedua-dua penunggang tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan dalam situasi ini.

Dalam pada itu ahli keluarga rider grab yang meninggal, Emma Aynor berkongsi di fbnya, bahawa dia tidak sempat bertemu adiknya semasa berkahwin hinggalah ke hari ini kejadian tragis ini terjadi.

Kongsinya :- Angah tak dapat bersama masa hari Amin nikah. Rupanya memang tak ada rezeki untuk jumpa Amin lagi. Baru nikah 9/9/22 haritu. Arini Amin dah balik.
Takziah buat seluruh keluarga Zuraidah Mohd Said Tajul Arifein Tajul Arifien Cik Nanee Nico Mohd Nordinzuhri ML. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan bersama hamba-hamba-Nya yang terpilih.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.