SEORANG bapa terpaksa menanggung kesedihan selepas anaknya berusia setahun dilaporkan hilang selepas dibaham buaya di Lahad Datu, Sabah pada pagi Khamis.

Gagal mengawal kesedihan, lelaki berkenaan dilihat menangis dan meratapi insiden menimpa anaknya susulan kejadian itu berlaku di hadapan matanya sendiri.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu dari Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Lahad Datu.

Menurut saksi, kedua-dua mangsa melalui detik tragis itu ketika sedang mendayung perahu di kawasan tersebut sebelum diserang buaya terbabit yang mengganas secara tiba-tiba.

Mangsa yang terselamat dilaporkan mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di hospital.

Rata-rata warganet meluahkan komen bersimpati berhubung kejadian itu.

Pencarian mangsa masih lagi diteruskan oleh Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, namun mangsa belum ditemukan setakat ini.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Ketua BBP Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.25 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat saksi, kedua beranak itu disambar buaya ketika sedang mencari perahu mereka di persisiran pantai.

“Bapa kanak-kanak itu, Moherat, 45, berjaya diselamatkan orang awam, namun mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Lahad Datu,” katanya ketika dihubungi.

Sumsoa berkata, pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak yang hilang itu menggunakan kaedah ‘surface rescue’ sejauh dua kilometer dari Pangkalan PPM hingga perairan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu.

Bagaimanapun, menurutnya, sehingga pukul 5 petang Khamis, mangsa masih belum ditemukan dan operasi disambung pada Jumaat. — Majoriti

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *