SUNGAI PETANI – Seorang buruh binaan dipercayai warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat simpang empat Sungai Layar- Semeling di Jalan Lencong Barat di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Mung Faruq Noorsalam berusia lingkungan 40-an maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Semeling ke Sungai Layar manakala Proton Pesona dipandu lelaki berusia 20 tahun dari arah Sungai Petani ke Laguna Merbok.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa bertindak melanggar lampu isyarat merah dan bergerak ke hadapan secara melulu ketika berada di persimpangan lampu isyarat itu.

“Motosikal mangsa kemudian dilanggar di bahagian sisi kanan oleh kereta Proton Persona yang sedang bergerak selepas lampu isyarat bertukar hijau,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, impak perlanggaran yang kuat mengakibatkan mangsa maut di lokasi kemalangan manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

▶️KOSMO! ONLINE

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.